KEMPEN INETERNET SELAMAT (Safe & Shield) - Anak Dan Media Sosial Kenapa Umur 16 Tahun Itu Garis Selamat
24 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 24 Januari 2026, telah berlangsung KEMPEN INETERNET SELAMAT (Safe & Shield) - Anak Dan Media Sosial Kenapa Umur 16 Tahun Itu Garis Selamat. Program ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 03:00 petang sehingga pukul 04:00 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, Puan Ainul memberitahu kenapa tiba-tiba umur 16 tahun untuk penggunaan media sosial, ini adalah kerana tindakan sains biologi dan keselamatan serta Menteri Komunikasi menekankan perlindungan daripada eksploitasi dan kesan mental. Selain itu, Puan Ainul menerangkan kenapa umur 13 tahun adalah terlalu awal untuk menentang algoritma canggih. Seterusnya, Puan Ainul menerangkan perangkap kimia : gelung dopamin iaitu otak remaja lebih sensitif kepada dopamin sosial ini berbanding orang dewasa. Akhir sekali, Puan Ainul menerangkan mengenai identiti vs realiti maya iaitu perbandingan sosial yang tidak realistik membawa kepada ketidakpuasan hari terhadap tubuh badan sendiri.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan peserta tentang Anak Dan Media Sosial Kenapa Umur 16 Tahun Itu Garis Selamat. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan antara staf NADI, peserta dan pihak Safe & Shield.Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: